ARTIKEL

Atlet Muay Thai Putra Abdullah (kanan) dan Sabri Thaivisih (kiri) ketika bergambar selepas 'face off'' dalam kategori 62 Kg pada sidang media sempena kejohanan Duo International Muay Thai Fight 2025 di Padang KRT Beris Kubu Besar semalam. Kejohanan ini melibatkan tujuh kategori dengan 14 peninju professional yang akan menunjukkan kemahiran pertarungan Muay Thai yang tinggi pada hari ini. | Bernama

Muay Thai Duo Antarabangsa: Putra Abdullah janji tampil aksi garang di gelanggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BACHOK: Atlet Muay Thai negara Putra Abdullah Mahmoud bertekad untuk menampilkan aksi bertenaga pada Pertarungan Muay Thai Duo Antarabangsa 2025 di Padang Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Beris Kubur Besar di sini malam ini.

Putra Abdullah, 20, yang terkenal dengan kombinasi serangan lutut dan siku yang agresif bagaimanapun bakal berdepan cabaran getir menentang petinju berpengalaman dari Terengganu Sabri Thaivisih dalam kategori 62 kilogram (kg).

Bintang muda yang pernah mencipta nama dalam pelbagai kejohanan itu mengakui teruja untuk kembali beraksi di negeri kelahirannya.

“Sudah lama saya tidak bertarung di sini (Kelantan), saya rindukan suasana pertarungan di tanah air sendiri.

Saya akan berikan aksi terbaik malam esok,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata setiap lawan di dalam gelanggang bukan mudah untuk ditundukkan, terutamanya Sabri Thaivisih yang mempunyai pengalaman luas dalam Muay Thai.

“Saya sudah melakukan persiapan rapi termasuk latihan intensif sebelum datang ke Kelantan.

Saya bersedia untuk bertarung habis-habisan,” katanya.

Sementara itu, penaja kejohanan Wan Afiq Amirul Wan Roslan berkata selain Putra Abdullah, tumpuan juga terarah kepada Jordan Boy, yang bakal bertarung dengan petinju dari Kelantan Paid GC Terbo dalam kategori 73kg.

“Kejohanan ini mempertandingkan tujuh regu, dengan 14 petinju profesional akan mempamerkan kehebatan teknik dan ketangkasan dalam seni bela diri Muay Thai.

“Selepas hampir dua tahun tanpa kejohanan Muay Thai bertaraf antarabangsa di Kelantan, ini adalah platform terbaik untuk menghidupkan semula semangat sukan ini di negeri ini,” katanya kepada Bernama semalam.

Wan Afiq Amirul berkata penganjuran kejohanan ini juga sebagai langkah memperkukuh status Kelantan sebagai ‘lubuk’ pencarian bakat baharu dalam sukan Muay Thai.

“Kami tahu ramai anak muda Kelantan berbakat besar dalam sukan ini.

Dengan adanya kejohanan seperti ini, mereka dapat menimba pengalaman dan berpeluang melangkah ke peringkat lebih tinggi,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU