Trending

Muhyiddin dakwa mampu tukar Kerajaan Pusat Ogos ini… sekiranya menang PRN 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan Kerajaan Pusat sekiranya memenangi semua Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri. 

Pun begitu, beliau enggan mengulas bagaimana perubahan kerajaan boleh berlaku tetapi menegaskan, ia sedikit sebanyak mampu menggugat kedudukan kerajaan sedia ada. 

“Enam buah negeri berhadapan dengan PRN, ini bukan jumlah yang kecil, kalau enam buah negeri menghadapi pilihan raya dan enam-enam negeri dimenangi dan dikuasai oleh PN, sudah tentunya yang duduk di Putrajaya goyang. 

“Soal macam mana? Saya tak nak sebutkan di sini, orang Indonesia kata segala-galanya bisa berlaku,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook ketika Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu, Kita Bangkit di Shah Alam pada Sabtu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru