ARTIKEL

Mukah menuju bandar pintar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH hari ini bukan lagi Mukah yang dikenali dua atau tiga dekad lalu, terutamanya dari segi pergerakan kenderaan di daerah ini.

Jika dahulu, pergerakan kenderaan di sini bersifat sederhana, dengan aliran trafik yang mudah dijangka dan persimpangan jalan jarang menimbulkan kebimbangan keselamatan.

Pendek kata, jika dahulu bilangan kereta di sini boleh dibilang dengan jari, namun kini hampir semua rumah mempunyai kereta.

Hal ini menunjukkan Mukah mengalami perubahan landskap pembangunan dan kini muncul sebagai pusat pertumbuhan yang semakin rancak, didorong oleh pertambahan penduduk, peningkatan pemilikan kenderaan serta perkembangan aktiviti ekonomi dan sosial setempat.

Perubahan ini secara langsung mewujudkan cabaran baharu dalam aspek pengurusan lalu lintas, khususnya di persimpangan utama dan kawasan tumpuan awam.

Keadaan menjadi lebih ketara pada waktu puncak, musim perayaan serta ketika berlangsungnya acara berskala besar, apabila aliran kenderaan dari pelbagai arah bertembung dalam tempoh yang sama.

Bagi membantu menyelesaikan masalah ini, pelaksanaan lampu isyarat pintar di Mukah wajar dilihat sebagai satu keperluan, bukan sekadar pilihan.

Sistem berasaskan teknologi ini berupaya menyesuaikan tempoh nyalaan lampu isyarat mengikut keadaan trafik semasa, sekali gus mengurangkan kesesakan, meminimumkan risiko kemalangan dan meningkatkan kecekapan pergerakan.

Beroperasi

Bulan lalu, sebuah lagi lampu isyarat pintar di Simpang Jalan Wawasan, Mukah siap sepenuhnya dan mula beroperasi untuk kegunaan orang ramai.

Bagi penduduk Mukah, simpang ini merupakan ‘simpang bahaya’ kerana sering berlaku kemalangan akibat kecuaian pengguna jalan raya.

Dengan adanya lampu isyarat di sini, diharapkan dapat membantu melancarkan dan memudahkan pergerakan pengguna jalan raya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian, Royston Valentine, tujuan utama pemasangan lampu isyarat pintar itu adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Kita sedia maklum kemalangan kerap berlaku di kawasan ini dan melalui inisiatif tersebut, kejadian itu dapat dikurangkan demi keselamatan semua pihak.

“Di kawasan ini juga terdapat statistik berkaitan kemalangan, termasuk yang dilaporkan dan yang tidak dilaporkan.

emalangan kecil, ia tetap berbahaya kepada semua pengguna jalan raya,” katanya.

CABARAN

Sehubungan itu, beliau turut menjelaskan projek tersebut berdepan cabaran berkaitan isu kabel bawah tanah dan utiliti yang memerlukan penyelarasan bersama pihak Sarawak Energy Supply Corporation (SESCO). Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan dapat diteruskan dengan segera selepas isu berkenaan berjaya diselesaikan.

Tambahnya, apabila projek ini siap, ia diharapkan dapat meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di kawasan berkenaan yang sebelum ini terkenal sebagai lokasi kemalangan yang kerap berlaku, sekali gus memberi manfaat maksimum kepada pengguna jalan raya.

Sementara itu, seorang pengguna jalan raya, Nur Atiqah Razali, berkata, lampu isyarat di kawasan berkenaan sememangnya ditunggu-tunggu oleh penduduk Mukah.

“Ini kerana lampu isyarat itu meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan, terutamanya di persimpangan berkenaan.

“Bukan itu sahaja, ia melancarkan aliran trafik apabila pergerakan kenderaan menjadi lebih tersusun dan tidak lagi bergantung sepenuhnya pada budi bicara pemandu di persimpangan,” katanya.

Atiqah yang menggunakan jalan tersebut untuk mencari rezeki berkata, kewujudan lampu isyarat pintar di Simpang Jalan Wawasan penting dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Beliau berharap pengguna jalan raya memanfaatkan projek yang dilaksanakan demi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

KURANGKAN KESESAKAN

Bagi Nurhazwani Rapiee Jaimin pula, lampu isyarat pintar tersebut dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

Menurutnya, dengan penyelarasan masa isyarat yang lebih cekap, kenderaan tidak perlu berhenti terlalu lama, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak.

“Alhamdulillah, dengan adanya lampu isyarat pintar di sini, risiko kemalangan jalan raya juga dapat dikurangkan.

“Sebelum ini, keadaan banyak bergantung pada budi bicara sesama pemandu dan kadang-kadang ada yang tidak sabar sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap lampu isyarat pintar tersebut dapat memudahkan perjalanan pengguna jalan raya.

Justeru, lampu isyarat pintar bukan sekadar bukti kepesatan sesuatu kawasan, malah mampu menyelamatkan nyawa serta memudahkan perjalanan orang ramai.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU