ARTIKEL

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (tujuh kanan) bersama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha (lapan kiri) dan pegawai lain selepas sidang media di Mukah pada hari ini.

Mukah tuan rumah Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 4,993 peserta kontinjen bakal memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M yang akan berlangsung di sini pada 16 hingga 17 September ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata setakat ini, sebanyak 117 kontinjen daripada pelbagai pertubuhan dan agensi kerajaan sudah mengesahkan penyertaan masing-masing.

Perarakan, katanya, bakal diketuai Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, sambil diiringi Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

“Majlis kesyukuran akan berlangsung petang 16 September disusuli dengan perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul pada keesokan harinya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Bacaan Yassin di Masjid Setia Raja, katanya, akan dipimpin oleh Imam Besar Sahibul Fadillah Dato Mustapha Kamal.

Ceramah khas Maulidur Rasul pula akan disampaikan oleh Sahibus Samahah, Datuk Kipli Yassin.

Dalam pada itu, orang ramai diminta peka dengan pengumuman penutupan jalan raya oleh pihak berkenaan sepanjang berlangsungnya acara tersebut kelak.

Dr Abdul Rahman menambah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak merupakan satu daripada perayaan Islam dan acara rasmi Kerajaan Negeri yang diadakan pada setiap tahun.

Selain mengingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai uswah hasanah, iaitu contoh teladan (role model) bagi semua umat Islam, katanya, program juga mengkaji dan meneliti sejarah perjuangan rasulullah dalam menyampaikan ajaran Islam untuk dihayati dan dicontohi oleh umat Islam masa kini.

“Acara ini juga menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan mulia ini sebagai landasan untuk memperkukuhkan perpaduan dan mengeratkan ukhuwah,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan