ARTIKEL

Murid dalami fardu kifayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 51 murid bersama 14 guru dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri menyertai Program Pengurusan Jenazah yang diadakan di Masjid Al-Ummah Tudan, di sini, baru-baru ini.

Program setengah hari itu dikendalikan oleh penyampai kursus, Ustaz Ariff Ariffin, yang memberikan pendedahan awal kepada murid tentang ilmu fardu kifayah yang merupakan tanggungjawab penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Sepanjang program, peserta didedahkan dengan sesi teori dan amali yang merangkumi kaedah memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, dan mengebumikan jenazah.

Sesi praktikal dilaksanakan secara tertib bagi memastikan murid memahami setiap langkah dengan jelas, selain menerapkan nilai ihsan dan rasa hormat terhadap si mati.

Menurut Ustaz Ariff, pendedahan awal mengenai pengurusan jenazah wajar diterapkan sejak usia muda agar generasi akan datang tidak kekok dan bersedia memikul tanggungjawab itu apabila diperlukan.

“Ilmu ini bukan sahaja satu ibadah, malah satu tanggungjawab sosial masyarakat Islam terhadap si mati,” jelasnya.

Program berkenaan turut bertujuan menyemai nilai murni dalam kalangan murid, selain meningkatkan kesedaran terhadap tuntutan agama.

Sepanjang program berlangsung, peserta menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi.

Guru-guru yang terlibat berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan kepada lebih ramai pelajar agar ilmu fardu kifayah terus diamalkan dan tidak dilupakan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan