ARTIKEL

Murid harumkan nama SRIAAB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENAM murid Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu telah mengharumkan nama daerah apabila mewakili Bintulu dalam Junior Innovate Sarawak Northern Zone Maker Fair yang berlangsung di Pustaka Miri.

Pertandingan yang menghimpunkan murid sekolah rendah dari zon utara Sarawak itu menyaksikan pencapaian membanggakan daripada tiga kumpulan yang mewakili sekolah tersebut.

Kumpulan Pious Knight, yang dianggotai oleh Muhammad Hadif Irfan Samri dan Muhammad Mikail Abd Razak, telah dianugerahkan Pingat Gangsa.

Turut menerima anugerah yang sama ialah kumpulan S.A.F.E Sisters, yang diwakili oleh Arwa Salsabilla Saleh dan Puteri Nur’ Mia Qalesya Mat Fuzi.

Kemuncak kejayaan tercapai apabila kumpulan Justice Knight, yang dianggotai dua murid cilik, Hafiz Aiman Muhammad Wadif Danial dan Amir Hamzah Mohamad Syahmizan, dianugerahkan Pingat Emas.

Mereka muncul sebagai satu-satunya penerima pingat emas dari daerah Bintulu, sekali gus mengangkat nama sekolah dan daerah ke peringkat lebih tinggi.

Kejayaan ini tidak terlepas daripada sokongan guru pembimbing, iaitu Muallim Syukri dan Muallimah Siti Aminah yang membimbing murid sehingga mencapai kejayaan membanggakan ini.

Semoga pencapaian tersebut menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus berinovasi serta memberi manfaat kepada masyarakat. Tahniah kepada semua yang terlibat atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan.

BERITA LAIN

Pentas Bollywood cungkil bakat baharu

Tema Bollywood menjadi sumber inspirasi kepada 27 kanak-kanak berusia antara empat hingga 16 tahun untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi diri menerusi Pertunjukan Bakat Kanak-Kanak

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta