ARTIKEL

Murid Serian banggakan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan dua murid SK Temong, Serian iaitu Macgres Sawet dan Nabiatul Dania memenangi Anugerah Filem Terbaik Juri Popular dalam kategori sekolah rendah di Festival Filem Sekolah Antarabangsa Alvorada (Fecea) di Brazil baru-baru ini membanggakan Sarawak.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jalan cerita mengisahkan persahabatan dua insan sejak kecil dalam filem itu amat menarik untuk ditonton.

“Kami (Kerajaan Sarawak) bangga dengan pencapaian mereka yang telah mengejutkan juri untuk filem animasi pendek berjudul Batuh Bijanji yang bermaksud batu perjanjian dalam bahasa Bidayuh. “Kita juga gembira kerana filem ini telah meraih lebih 1,000 tontonan di Youtube meskipun baru dimuat naik tiga minggu lalu,” katanya ketika mengulas mengenai pencapaian dua murid itu di Fecea yang merupakan festival antarabangsa berpusat di Brazil sejak 2014.

Menurut Abdul Karim, kejayaan itu berpotensi mendorong penyertaan lebih ramai anak muda tempatan untuk menghasilkan filem atau video di peringkat yang sama.

Ujar beliau lagi, kementeriannya turut menyediakan Dana Industri Kreatif Belia Sarawak kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengembangkan usaha dalam industri kreatif.

“Dana ini telah diperkenalkan oleh Ketua Menteri pada tahun lalu untuk memberi sokongan dan bantuan kepada belia tempatan yang berbakat dan ingin menceburkan diri dalam industri kreatif.

“Kami juga berharap Macgres dan Nabiatul akan terus komited mengembangkan bakat mereka dalam industri pembuatan filem pada masa akan datang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga merakamkan penghargaan kepada guru murid tersebut iaitu Wan Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi dan Mohd Reduan Patah yang membimbing mereka sepanjang 10 hari pembikinan filem pendek menggunakan teknik rotoscoping yang popular dalam kalangan anak muda.

“Walaupun masih muda, namun mereka telah membanggakan kita dengan karya yang turut disenarai pendek untuk anugerah Animasi Terbaik (Sekolah Rendah),” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha