ARTIKEL

Muslim Uighur, Rohingya dijemput Trump ke Rumah Putih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik perhatian, walaupun terkenal bersikap keras terhadap Muslim, tetapi pada Rabu lepas beliau ramah menjemput sejumlah mereka yang menjadi mangsa kezalimanan di pelbagai negara.

Dalam pertemuan di Ouval Office di Rumah Putih pada Rabu itu, Jewher Ilham wakil komuniti Muslim Uighur menceritakan kepada Trump kisah pilunya hidup di Xinjiang, China.

Memetik Reuters, Ilham memberitahu ayahnya dikurung di kem tahanan di Xinjiang dan dia belum berjumpa ayahnya semenjak 2017.

Rumah Putih turut menjemput tiga individu lain dari China; Yuhua Zhang pengamal Falun Gong, Nyima Lhamo penganut Buddha Tibet dan Manping Ouyang penganut Kristian.

AS masih mempertimbangkan menyekat China atas layanan buruk mereka terhadap Muslim Uighur.

Pada pertemuan tersebut, Trump turut menjemput Muslim Rohingya dari Myanmar serta mangsa tertindas lain dari Vietnam, Korea Utara, Iran, Turki, Cuba, Eritrea, Nigeria, Sudan dan Afghanistan.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU