ARTIKEL

Senator Datuk Mutang Tagal bersalaman dengan Presiden Republik Azerbaijan Ilham Aliyev.

Mutang Tagal kunjungi Presiden Republik Azerbaijan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AZERBAIJAN: Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas
Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev, semalam.

Kunjungan hormat ini turut disertai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed dan Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman serta Duta Malaysia ke Azerbaijan, Ahmad Kamrizamil Mohd Riza.

Dalam pertemuan tersebut, Presiden Ilham Aliyev berterima kasih kepada Senator Datuk Mutang Tagal yang telah mengetuai delegasi Malaysia di dalam “6th World Forum on Intercultural Dialogue”.

Kunjungan dan penyertaan dalam forum ini menandakan komitmen berterusan Malaysia dalam mengukuhkan hubungan dua hala dengan Republik Azerbaijan.

Dalam pertemuan itu juga, , kedua-dua pihak telah menyatakan minat untuk memperluas dan memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang penting termasuk tenaga, ekonomi, dan hal ehwal luar negeri.

Republik Azerbaijan juga tuan rumah bagi penganjuran “UN Climate Change Conference (UNFCCC COP 29)” telah menjemput Malaysia untuk menghadiri persidangan tersebut.

Presiden Ilham Aliyev dan delegasi Malaysia telah bersetuju agar negara-negara yang sehaluan (“like minded countries”) seperti Azerbaijan dan Malaysia membincangkan agenda bersama yang bersesuaian sebelum persidangan COP29 itu bermula bagi memastikan suara dan kepentingan negara-negara terlibat didengari dalam perbincangan global tersebut.

Ilham Aliyev juga menyuarakan tentang kepentingan solidariti negara Islam sekali gus berharap agar aktiviti ekonomi antara Malaysia dan Republik Azerbaijan ditingkatkan bagi memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara.

Ini akan membuka lebih banyak peluang bagi syarikat-syarikat dari kedua-dua negara untuk berkolaborasi dan memanfaatkan potensi ekonomi.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu