ARTIKEL

Muzik pelbagai etnik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Ujar Abdul Latiff, untuk menjadi pelopor muzik bukan perkara mudah kerana memerlukan ruang dan peluang.

Misalnya, platform untuk mempromosi dan mengetengahkan lagu dialek Sarawak kepada pendengar, selain penggunaan carta lagu untuk memperkenalkan lagu ciptaan khususnya di stesen radio konvensional mahupun dalam talian.

“Ia penting supaya pendengar tahu akan kewujudan artis Sarawak terutama kumpulan kecil yang lebih dikenali di peringkat bawah tanah berbanding artis arus perdana.

“Jika lagu-lagu ini dimainkan di radio, sudah tentu ia mula dikenali dan secara tidak langsung lagu yang dihasilkan itu dapat dikesan sepenuhnya,” kata Abdul Latiff lagi.

Di Sarawak, sebut nama penyanyi tempatan Safar Ghafar, pasti ramai yang mengenalinya dari era 80-an.

Naib juara rancangan realiti Bintang RTM 1983 itu pernah mempopularkan beberapa lagu termasuk Ros Kalas, Mun Masih Mudak dan Bagaimana Harusku Menyintaimu.

Kemudian, ramai artis kelahiran Sarawak berjaya mencipta nama dan melakar sejarah tersendiri dalam industri muzik negara.

Antaranya, Dayang Nurfaizah, Hafi z Suip, Bob Yusof yang lahir daripada rancangan realiti televisyen, seterusnya mengekalkan momentum kecemerlangan dalam nyanyian.

CABARAN

Jika bercakap tentang kebolehan, ramai artis kelahiran Sarawak berkebolehan, malah setanding artis yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

Namun, cabaran dari segi kemudahan atau fasiliti lengkap menjadi kekangan sehingga artis tempatan terpaksa berkelana ke tempat lain.

Di Kuala Lumpur misalnya, banyak syarikat rakaman, berbanding di Sarawak.

Ia secara tidak langsung membuka mata pelbagai pihak untuk memastikan industri kreatif di negeri ini tidak terus ketinggalan.

“Kita bersyukur artis tempatan Sarawak berjaya melakar nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, namun mereka bernaung di bawah syarikat rakaman di Semenanjung Malaysia.

Royalti pula ‘pergi’ ke sana,” katanya.

SYARIKAT RAKAMAN TEMPATAN PERLU BANTUAN

Dalam usaha memperkasa industri muzik, bantuan kerajaan amat diperlukan khususnya dalam ‘menggerak’ artis dan syarikat rakaman dengan lebih aktif.

Penyediaan geran khas oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan juga sangat membantu dalam mengembangkan prestasi.

Tambah Abdul Latiff, dalam menghasilkan lagu, pelbagai perkara perlu diambil kira seperti golongan sasar yang merangkumi trend semasa agar kekal relevan.

Menurut Abdul Latiff, susulan perubahan teknologi maklumat dan pendigitalan, semuanya berada di hujung jari yang menyedikan akses secara holistik.

“Justeru, media sosial mampu dijadikan platform atau kaedah baharu dalam memperkenalkan lagu berkaitan etnik di Sarawak kepada masyarakat luar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap industri muzik Sarawak akan terus berkembang dan mendatangkan hasil ekonomi secara tidak langsung kepada negeri.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU