ARTIKEL

MyCARE Musleh ikut serta beri bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAJLIS Penyerahan Sumbangan MyCare Kota Samarahan 2.0 di Sekolah Rendah Islam Al Amin Kota Samarahan berlangsung dengan jayanya pada 10 Julai lalu.

Majlis anjuran kerjasama MyCare Kota Samarahan, SRI Al-Amin Kota Samarahan dan Kelab MyCare Musleh SRI Al-Amin Kota Samarahan ini dihadiri oleh 42 murid dan 15 asnaf.

Majlis dimulakan dengan sesi simbolik penyerahan sumbangan MyCare oleh Pengurus MyCare Kota Samarahan, Nurul Hadirah kepada Guru Besar SRI AlAmin Kota Samarahan, Mohd Fahmi Razin.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi simbolik penyerahan sumbangan kepada Pengerusi Kelab MyCare Musleh SRI Al-Amin Kota Samarahan, Muhd Azaim Dayyan.

Sesi penyerahan sumbangan bungkusan makanan dan telekung pula disampaikan oleh Muhd Azaim diiringi oleh Mohd Fahmi dan Nurul Hadirah.

Bungkusan makanan tersebut terdiri daripada barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan banyak lagi.

Manakala sumbangan telekung bertujuan untuk memudahkan penerima menjalankan ibadah solat.

Selain penyerahan sumbangan, majlis juga menyaksikan tayangan video tentang makna dan kisah hijrah Rasulullah SAW yang dipersembahkan oleh murid Kelab Kesenian Islam SRI Al-Amin Kota Samarahan.

Persembahan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat hijrah dalam kalangan murid serta mengukuhkan nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Majlis tersebut diakhiri dengan ucapan penutup oleh Mohd Fahmi yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Diharapkan sumbangan telekung dan bungkusan makanan tersebut dapat memberi manfaat kepada penerima, meringankan beban mereka dan memperkukuh silaturahim antara komuniti sekolah dan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha