ARTIKEL

MyDIGITAL buka peluang lebih besar kepada perniagaan tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perniagaan tempatan mampu menikmati peluang yang lebih besar untuk membangun dan berkembang di peringkat domestik, serantau malah global melalui pulangan daripada pendigitalan melalui inisiatif MyDIGITAL yang dilancarkan hari ini.

Ia juga bakal memperoleh lebih banyak peluang integrasi antara sektor ekonomi dan menjadi lebih cekap dari segi kos hasil daripada perkongsian ekonomi.

“Kira-kira 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu menerima guna e-dagang dan pada masa sama kita dapat menarik dua syarikat unicorn, sama ada tempatan atau asing,” menurut buku Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang dikeluarkan bersempena majlis pelancaran MyDIGITAL secara maya hari ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia bakal menikmati penambahbaikan literasi digital, pertambahan pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar; perniagaan, termasuk PMKS.

Bagi pihak kerajaan, inisiatif tersebut bakal menyaksikan semua kementerian dan agensi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang 2022 dan mencapai 80 peratus penggunaan storan pengkomputeran awan merentas sektor awam pada 2022.

Sementara itu, bagi rakyat, MyDIGITAL bakal mewujudkan 500,000 pekerjaan baharu, 100 peratus isi rumah mendapat capaian kepada internet dan semua pelajar mendapat akses kepada pembelajaran dalam talian.

MyDIGITAL menggariskan inisiatif dan hasil bersasar untuk rakyat, perniagaan dan kerajaan merentas tiga fasa pelaksanaan sehingga 2030.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha