ARTIKEL

TERIMA KASIH… Royston (tengah) menerima cenderamata daripada Rasidah (empat kanan) dalam Majlis Berbuka Puasa MYSED Bahagian Mukah, semalam.

MYSED Mukah Semarakkan Ramadan Bersama Masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penganjuran Majlis Berbuka Puasa Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Bahagian Mukah menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim.

Pegawai Penguasa MYSED Bahagian Mukah, Rasidah Rasit berkata, majlis tersebut dianjurkan sebagai usaha mengukuhkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat khususnya di sekitar Mukah.

RAKAM KENANGAN… Royston merakam kenangan bersama-sama yang lain selepas majlis tersebut.

“Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama dalam majlis berbuka puasa ini sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin dengan rakyat.

“Diharapkan hubungan erat kita dapat dikekalkan bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan lancar,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut, di Dewan Seri Pekala, semalam.

Tambahnya, kehadiran ADUN Tellian, Royston Valentine serta isteri menyerikan lagi majlis berbuka puasa tersebut.

Terdahulu, Royston turut bersama-sama memeriahkan program pengagihan bubur kacang sempena Ramadan di hadapan Dewan Suarah Mesra Mukah anjuran MYSED Bahagian Mukah.

Selain mengimarahkan Ramadan, program berkenaan bertujuan berkongsi rezeki dengan orang ramai serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU