MyTeam tumbangkan Leetonia

SKUAD MyTeam menempah tiket ke separuh akhir setelah menumpaskan Leetonia 2-1 dalam aksi sengit suku akhir di Padang Mesra MDDM Mukah petang semalam.

Mohd Rozman Bahari muncul wira MyTeam apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.

MyTeam mendahului pada minit ke-45 menerusi Mohd Shukri Bahari. Namun Leetonia menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-47.

Ketika saingan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri 1-1, MyTeam menemui sentuhan gol pada lewat saingan.
Menurut jurulatih MyTeam, Jamal Wasli keadaan padang becak menyebabkan anak-anak buahnya gagal beraksi seperti biasa.

“Kami terpaksa mengubah corak permainan dengan lebih banyak melakukan hantaran jauh,” ujar Jamal.

“Alhamdulillah kami dapat menang melalui jaringan lewat,” katanya.

Sekali lagi gandingan adik beradik, Shukri dan Rozman menjadi penyelamat MyTeam.

Dengan kemenangan itu, maka MyTeam akan menentang satu lagi pasukan pilihan, FT Banqku dalam aksi separuh akhir pada 1 Januari nanti (Rabu).