ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Nahas pesawat Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan untuk hari kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUAN (Korea Selatan): Polis Korea Selatan telah menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan untuk hari kedua berturut-turut pada Jumaat berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Polis Wilayah Jeonnam menjalankan operasi geledah dan rampas di pejabat lapangan terbang di barat daya Korea Selatan awal pagi Jumaat untuk mendapatkan bahan berkaitan nahas pesawat itu.

Pada Khamis, polis turut menghantar kira-kira 30 penyiasat untuk menggeledah pejabat Jeju Air di Seoul dan pejabat Muan di Pejabat Wilayah Penerbangan Busan pada 9 pagi, sebelum operasi itu selesai pada 2 petang dan 7 malam hari yang sama.

Polis sedang mendapatkan bukti berkaitan kesahihan “localiser” lapangan terbang, dinding konkrit yang menempatkan susunan antena berhampiran landasan, serta rekod komunikasi antara menara kawalan dan juruterbang sejurus sebelum nahas berlaku.

Mereka juga sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera pengawasan berhampiran landasan, selain rekod berkaitan operasi dan penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Waran geledah dikeluarkan atas dakwaan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian, menurut pegawai. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik