ARTIKEL

Mohammad Javad Zarif meletak jawatan sebagai Naib Presiden Iran hanya 11 hari selepas pelantikannya. - Foto: Pejabat Presiden Iran

Naib Presiden Iran letak jawatan selepas 11 hari memegang jawatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEHRAN, Iran: Naib Presiden Iran, Mohammad Javad Zarif, meletak jawatan dan meninggalkan Kabinet Presiden Masoud Pezeshkian hanya 11 hari selepas pelantikannya.

“Saya tidak berpuas hati dengan kerja saya dan kesal kerana saya tidak dapat memenuhi jangkaan,” kata ahli politik itu pada petang semalam menerusi platform X, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Zarif memberi bayangan bahawa pemilihan menteri untuk Kabinet baharu Pezeshkian menjadi punca keputusannya. 

Menurut Zarif, sekurang-kurangnya tujuh daripada 19 menteri yang dicalonkan bukanlah pilihan utamanya.

Zarif merupakan orang kanan Pezeshkian semasa kempen pilihan raya presiden.

Popularitinya turut memainkan peranan penting dalam kemenangan Pezeshkian.

Selepas pilihan raya, Zarif dan sekumpulan pakar dijangka menyenaraikan calon bagi jawatan kerajaan yang akan melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan, menurut laporan itu.

Pezeshkian membentangkan senarai semalam yang pemerhati percaya tidak sepadan dengan rancangan dan janji reformasi.

Zarif merupakan ketua diplomat negara itu antara 2013 dan 2021.

Beliau telah berjaya merundingkan perjanjian nuklear antarabangsa dengan enam kuasa dunia pada 2015 sebagai ketua pasukan perunding Iran. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha