ARTIKEL

Naik taraf fungsi pos kawalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan lokasi bagi membangunkan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia penting untuk memastikan keselamatan di kawasan sempadan. “Seperti yang diketahui, pos kawalan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan Malaysia. Jadi, kita tidak ada kuasa.

“Bagaimanapun, kita sentiasa bersedia membantu dari segi penyediaan tempat penubuhan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 (SR23) di Bilik Mesyuarat Utama Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Abang Johari menambah, Malaysia perlu menaik taraf serta memindahkan pos kawalan sedia ada di sempadan Tebedu- Entikong. Menurutnya lagi, Indonesia sudah menaik taraf keumdahan pos kawalan Entikong dan Malaysia perlu mengambil langkah yang sama.

“Kawasan di antara CIQ dan sempadan tersebut merupakan tanah bukan milik sesiapa dan kita mengenal pasti lokasi sesuai untuk meletakkan pos kawalan di kawasan berdekatan.

“Pos sedia ada kini agak jauh dari sempadan. Jadi lokasi yang dikenal pasti bersesuaian kerana lebih dekat. Sekali gus, kita akan menaik taraf kemudahan pos tersebut,” jelasnya. Sehubungan itu, perhatian sama juga perlu diberikan terhadap pos kawalan di sempadan Biawak-Aruk di mana Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Aruk sudah dinaik taraf berbanding di Biawak.

Begitu juga dengan pos kawalan di sempadan Long Singut dan Ba’Kelalan yang akan dinaik taraf. “Sementara, kita juga merancang untuk membina sebuah lagi CIQ di Tapak Megah, tapi perlu dibincangkan semula kerana kita mahukan lokasi yang lebih dekat dengan sempadan.

“Dengan usaha tersebut, kita dapat elakkan penyeludupan berlaku di kawasan sempadan,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier