ARTIKEL

HASIDAH ditemani Hilmy serta yang lain dalam majlis pelancaran projek Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini yang siap pada 31 Julai lalu.

Naik taraf jalan lancarkan trafik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Naik taraf jalan lancarkan trafikPROJEK menaik taraf Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini yang siap sepenuhnya pada 31 Julai lalu menyediakan laluan lebih selamat dan selesa kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya.

Projek itu melibatkan pelebaran jalan menjadi jalan berkembar, pembinaan sistem perparitan serta penyeliaan persimpangan berlamput isyarat di Jalan Cenderawasih.

Majlis pelancarannya disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir ialah Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Hilmy Othman.

Penambahbaikan infrastruktur berkenaan membantu melancarkan aliran trafik serta memudahkan perhubungan penduduk setempat dan pengguna jalan raya.

Pelaksanaan projek itu mencerminkan komitmen Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk meningkatkan kualiti infrastruktur demi keselamatan, keselelsaan dan kesejahteraan masyarakat.

DBKU akan terus berusaha menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang berkualiti bagi mewujudkan persekitaran bandar raya yang lebih selamat, selesa dan sejahtera untuk semua.

BERITA LAIN

DBKU, BESarawak perluas jaringan antarabangsa

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Business Events Sarawak (BESarawak) bagi memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta menyokong pembangunan bandar raya yang

Tingkat kemahiran warden trafik

SERAMAI 32 pegawai dan anggota warden trafik Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerusi Kursus Pemantapan Barahagi meningkatkan kemahiran pengendalian motosikal serta keselamatan ketika bertugas. Kursus

BERITA TERBARU

Produk yuzu tembusi pasaran halal M’sia

KUALA LUMPUR: Buah yuzu dari Jepun, dikenali kerana aroma unik dan rasa sitrusnya yang tersendiri, kini berpotensi untuk menembusi pasaran halal Malaysia, dengan pengeluar dari

Struktur gaji baharu ringankan beban rakyat

PUTRAJAYA: Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 dijangka membantu pekerja berpendapatan rendah menangani peningkatan kos sara hidup, manakala penganjuran gaji pokok permulaan