ARTIKEL

PRODUK berasaskan buah yuzu kini berpotensi menembusi pasaran halal Malaysia. | Bernama

Produk yuzu tembusi pasaran halal M’sia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Buah yuzu dari Jepun, dikenali kerana aroma unik dan rasa sitrusnya yang tersendiri, kini berpotensi untuk menembusi pasaran halal Malaysia, dengan pengeluar dari Wilayah Kochi menyasarkan peluang eksport baharu.

Pengarah Pejabat Perwakilan Kochi di Singapura, Akihisa Ikeda berkata Wilayah Kochi telah menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2026) di bawah Pavillion Jepun, dengan mempamerkan produk-produk yang telah mendapat pensijilan halal.

“Walaupun sesetengah produk yuzu dari Wilayah Kochi sudah dieksport ke Malaysia, masih terdapat banyak peluang belum diteroka dalam sektor ini.

“Ini merupakan penyertaan pertama kami dalam MIHAS, memandangkan kami mahu memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat terhadap makanan halal,” katanya ketika ditemui Bernama di luar acara MIHAS 2026.

Dua syarikat dari Wilayah Kochi menteri antara tersebut, iaitu Kochi Ice Co Ltd yang menghasilkan pencuci mulut menggunakan yuzu dan buah-buahan sitrus lain, serta Umaji Village Agricultural Cooperative, mewakili para petani yuzu.

Ikeda berkata produk berasaskan yuzu yang sudah popular di negara anggota ASEAN, malah semakin popular dalam kalangan pengguna yang terus berkembang.

“Singapura merupakan negara pertama di Asia mengimport produk yuzu dari Jepun, manakala di Thailand, terdapat banyak kafe yang menghidangkan minuman berperisa yuzu,” katanya.

Beliau berkata di Malaysia, pencuci mulut sejak kebelakangan ini diperbuat daripada jus yuzu dari Wilayah Kochi dan mempunyai pensijilan halal sudah pun dijual di kedai-kedai di restoran-restoran Jepun, katanya.

“Minuman dan jam yuzu daripada Umaji Village Agricultural Cooperative juga boleh didapati di kedai-kedai runcit di Malaysia dan kesemua produk ini telah mendapat pensijilan halal.

“Walaupun kebanyakan produk yuzu dari Jepun ini masih agak mahal di Malaysia, di Eropah tertamanya di Perancis, ia dianggap sebagai satu sensasi kulineri dalam kalangan pengguna yang mampu, minuman dengan aroma dan bahan tambahan berasaskan yuzu untuk menambah baik rasa hidangan,” kata Ikeda.

Wilayah Kochi, merupakan pengeluar utama yuzu di Jepun telah memperluas pasaran eksportnya ke Eropah dan Amerika Syarikat dan kini menyasarkan bahawa pasaran yang lebih besar di negara-negara di Asia, termasuk Malaysia dan Singapura.

Menurut Ikeda, pihak pengeluar menyasarkan pengguna yang mampu memahami serta menghargai kualiti dan ciri-ciri unik produk yuzu dari Kochi.

“Buah-buahan ini ditanam di kawasan penunggungan di kampung-kampung Kochi dalam persekitaran ideal, menghasilkan buah yuzu dengan aroma yang kuat. Buah ini kemudian diproses menjadi minuman dan perencah berasaskan yuzu untuk tujuan eksport.

“Oleh itu, tiada pelarasan harga akan dibuat buat masa ini walaupun kos pembungkusan dan bahan mentah lain semakin meningkat, memandangkan tumpuan utama adalah untuk mengekalkan kualiti produk berasaskan yuzu dari Kochi,” katanya.

Ikeda berkata pihak pengeluar kini memberikan tumpuan kepada usaha untuk memperluas saluran pengedaran di Malaysia, didorong oleh reaksi pasaran yang positif terhadap produk Jepun berasaskan yuzu. – Bernama

BERITA LAIN

Struktur gaji baharu ringankan beban rakyat

PUTRAJAYA: Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 dijangka membantu pekerja berpendapatan rendah menangani peningkatan kos sara hidup, manakala penganjuran gaji pokok permulaan

Resipi warisan jana pendapatan

SARIKEI: Aroma ayam yang diperap dengan rempah istimewa sebelum dipanggung sempurna, menjadi tarikan utama Ayam Panggung Dol & Son, perniagaan keluarga yang mula beroperasi di

BERITA TERBARU

Struktur gaji baharu ringankan beban rakyat

PUTRAJAYA: Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 dijangka membantu pekerja berpendapatan rendah menangani peningkatan kos sara hidup, manakala penganjuran gaji pokok permulaan

Gabung karyawan mapan, istimewa

SEPTEMBER lalu, saya antara yang mewakili Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (Pekasa) menghadiri dan membuat persembahan dalam Malam Apresiasi Seni di pekarangan Stadium Tertutup Miri. Turut