ARTIKEL

Naik taraf simpang jalan untuk keselamatan pengguna jalan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Menteri Muda Pengangkutan I Datuk Dr Jerip Susil bercakap pada sidang media selepas pelancaran Majlis Pecah Tanah Naik Taraf Simpang Jalan Mambong, Sarig, Bangau hari ini. Foto Mohamad Azzman Rosali

PADAWAN: Simpang jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong yang berbahaya akan dinaik taraf untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata, ia berikutan terdapat penambahan jumlah trafik dan kawasan terbabit kerap berlakunya kemalangan.

Katanya, antara yang dikenal pasti membabitkan simpang jalan ke Kampung Grait, Git dan Bawang serta persimpangan T di Kampung Bunuk.

“Penilaian dibuat sejajar dengan penambahan aliran trafik semasa serta kerap berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.

Menteri Muda Pengangkutan I Datuk Dr Jerip Susil mengemudi jentolak sebagai simbolik pelancaran Majlis Pecah Tanah Naik Taraf Simpang Jalan Mambong, Sarig, Bangau hari ini.

“Penilaian akan dilaksanakan di kawasan terbabit dan cadangan untuk naik taraf simpang jalan itu akan dikemukakan kepada agensi yang berkaitan,” katanya pada pada sidang media selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Simpang Jalan Mambong, Sarig, Bangau di sini, hari ini.

Mengenai naik taraf simpang jalan Mambong, Sarig, Bangau, Jerip yang juga Adun Mambong berkata, ia memandangkan simpang jalan terbabit sentiasa sesak dengan aliran trafik serta kerap berlaku kemalangan.

Katanya, penduduk kampung di kawasan tersebut telah mengajukan isu dan cadangan kepada beliau untuk menaik taraf simpang tersebut.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM1.1 juta untuk memperbesarkan simpang jalan tersebut termasuk kerja pengalihan paip air dan tiang elektrik.

Menurutnya, kerja naik taraf tersebut akan bermula pada April dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember ini.

Menteri Muda Pengangkutan I Datuk Dr Jerip Susil (dua kiri) mendengar taklimat dari kakitangan Jabatan Kerja Raya berhubung naik taraf Simpang Jalan Mambong, Sarig, Bangau di sini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha