ARTIKEL

NAIO pacu teknologi AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan diinstitusikan secara rasmi pada 28 Julai, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. 

Beliau berkata NAIO yang pada masa ini beroperasi di bawah bimbingan MyDIGITAL Corporation, akan diberikan kuasa untuk menyelia dan menyelaras urusan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia apabila proses institusinya dimuktamadkan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan tarikh 28 Julai untuk melancarkan NAIO.

“NAIO akan menjadi institusi yang memberi tumpuan kepada dasar, tadbir urus dan ekosistem AI serta membantu individu yang boleh membangunkan AI, yang akan memacu visi Negara AI menjelang 2030,” katanya selepas melancarkan Pusat Data Pelbagai Tapak Digital Realty di Kuala Lumpur semalam.

Perdana Menteri melancarkan NAIO pada 12 Disember 2024 sekali gus mengukuhkan komitmen Malaysia untuk menjadi peneraju AI dan transformasi digital dalam rantau ASEAN. 

NAIO yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 28 Ogos 2024, merupakan inisiatif strategik di bawah Kementerian Digital yang ditubuhkan untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju AI di peringkat serantau dan pemacu transformasi digital global.

Mengenai Rangka Kerja Tadbir Urus AI, Gobind berkata kerajaan masih meneliti aspek peraturan dan tadbir urus ketika merangka rangka kerja itu. 

“Pada masa ini, kami mempunyai unit di NAIO yang sedang mempertimbangkan untuk menyediakan rangka kerja itu.

“Kami juga akan menubuhkan pejabat piawaian yang bakal menjadi sebahagian daripada NAIO di Cyberjaya,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai