ARTIKEL

MENARIK… Nancy menyantuni ibu bapa dan anak-anak yang hadir pada Program Sinar Syawal anjuran YKN dengan kerjasama Alliance Islamic Bank Berhad di Mydin Semariang di sini, hari ini.

Nancy santuni 150 kanak-kanak dalam Sinar Syawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 150 kanak-kanak daripada keluarga B40 diraikan dalam Program Sinar Syawal anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan kerjasama Alliance Islamic Bank Berhad bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program ini memberi peluang kepada kanak-kanak kurang berkemampuan memilih sendiri pakaian raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

MENARIK… Nancy menyantuni ibu bapa dan anak-anak yang hadir pada Program Sinar Syawal anjuran YKN dengan kerjasama Alliance Islamic Bank Berhad di Mydin Semariang di sini, hari ini.

Menurut beliau, pengalaman memilih sendiri pakaian raya bukan sekadar membeli baju baharu, malah akan menjadi kenangan indah yang akan diingati oleh kanak-kanak terlibat.

“Program seperti ini sentiasa dekat di hati kerana memberi peluang kepada kita bersama-sama menceriakan kanak-kanak yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

KENANGAN… Nancy merakam gambar bersama-sama penerima pada Program Sinar Syawal anjuran YKN dengan kerjasama Alliance Islamic Bank Berhad di Mydin Semariang di sini, hari ini.

“Pada hari ini, seramai 150 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan diberi peluang membuat persiapan Aidilfitri bersama,” katanya pada Program Sinar Syawal anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan kerjasama Alliance Islamic Bank Berhad di Mydin Semariang di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerjasama antara sektor kerajaan dan korporat amat penting dalam memastikan usaha membantu golongan memerlukan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Nancy ketika mengedarkan bunga ros kepada wanita yang hadir pada Program Sinar Syawal anjuran YKN dengan kerjasama Alliance Islamic Bank Berhad di Mydin Semariang sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Berhad Rizal Il-Ehzan Fadil Azim berkata, kerjasama antara pihaknya dengan YKN telah terjalin sejak hampir sedekad lalu dalam pelbagai program kebajikan.

Menurut beliau, program baju raya untuk kanak-kanak B40 di Sarawak merupakan tahun keempat berturut-turut dilaksanakan bersama YKN.

“Setiap kali program diadakan, kami bukan sekadar hadir sebagai rakan kerjasama tetapi turut turun padang untuk merasai sendiri makna keprihatinan dan kebersamaan dalam membantu masyarakat.

Menjelas lanjut, beliau berkata kerjasama antara sektor awam, badan bukan kerajaan dan sektor korporat mampu membantu meringankan beban golongan yang berdepan kesukaran hidup.

“Sebagai sebuah institusi kewangan yang menekankan pembangunan komuniti, Alliance Islamic Bank komited untuk terus menyokong program kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat,”tambahnya.

Dalam pada itu, sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, Nancy turut mengedarkan bunga ros kepada wanita yang hadir pada program tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap peranan, pengorbanan dan kekuatan wanita dalam mencorakkan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan