ARTIKEL

Nancy Shukri ketika berucap pada Malam Media Sarawak 2025 di sini, malam tadi.

Nancy Shukri tekad perkasa penjaga demi kesejahteraan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sektor penjagaan negara kini melangkah ke fasa baharu dengan pelancaran Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030, yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan penjaga serta kemudahan sokongan keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelan berkenaan menekankan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi penjaga.

KENANGAN… Nancy Shukri merakamkan gambar bersama-sama pengamal media.

“Antara usaha utama termasuk menaik taraf pusat jagaan, memperluas inisiatif penjagaan anak di tempat kerja, dan memberi insentif cukai kepada majikan yang menyediakan kemudahan penjagaan anak serta warga emas.

“Pelan ini membina ekosistem penjagaan yang inklusif — dari bayi hingga warga emas, daripada penjaga keluarga hingga penjaga profesional,” katanya ketika berucap pada Malam Media Sarawak 2025, di sini, malam tadi.

Nancy turut menegaskan bahawa kerja penjagaan perlu dilihat sebagai sektor bernilai yang menyumbang kepada ekonomi negara.

“Kita mahu kerja penjagaan dilihat bukan sebagai beban, tetapi sebagai sektor penting yang menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut menambah bahawa kementeriannya akan terus memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita sebagai tunjang pembangunan keluarga dan masyarakat, sejajar dengan agenda kesejahteraan negara.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha