ARTIKEL

Kredit : Maritim Malaysia Kuala Kurau

Nelayan Hilang Ditemui Lemas, Tersangkut Pada Pukat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan seorang diri awal pagi tadi ditemui lemas dengan mayatnya tersangkut pada pukat di perairan Tanjung Piandang, Kuala Kurau, kira-kira 106 kilometer dari sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata kehilangan mangsa, Mohd Hafifi Harun, yang berusia 30-an, disedari oleh komuniti nelayan setempat selepas bot miliknya ditemui terapung tanpa pengendali sekitar pukul 8 pagi.

“Mangsa dipercayai keluar ke laut seorang diri sekitar pukul 3 pagi sebelum usaha mencari segera dilancarkan oleh nelayan setempat, sebelum pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau menerima maklumat daripada polis.

“Beberapa jam kemudian, mangsa ditemui dalam keadaan menyayat hati, tersangkut pada pukat tidak jauh dari lokasi botnya ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke jeti berhampiran sebelum diserahkan kepada polis untuk proses pengecaman dan dokumentasi lanjut.

“Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim supaya lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan ketika berada di laut. Antara langkah yang boleh diambil termasuk memakai jaket keselamatan, menggunakan sistem pemantauan lokasi serta tidak turun ke laut bersendirian, khususnya pada waktu malam,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha