ARTIKEL

Netanyahu bersembunyi di bunker mewah semasa Iran serang Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan isterinya bersembunyi di vila mewah ahli perniagaan Yahudi-Amerika Simon Falic ketika Iran melancarkan serangan balas pada petang Sabtu.

Menurut Jerusalem Post pada Isnin, vila tersebut terletak di kejiranan Talpiot, Baitulmuqaddis dan diketahui kalis peluru berpandu.

Iran bertindak balas melancarkan lebih 200 peluru berpandu dan dron ke atas Israel yang berjaya ditampan oleh sistem pertahanan Israel dengan bantuan AS, UK dan Perancis.

Sekurang-kurangnya 31 orang dilaporkan cedera ringan akibat serangan tersebut yang dipercayai sebagai tindak balas pengeboman Israel ke atas kedutaan Iran di Syria pada 1 April lepas yang membunuh tujuh pegawai Iran, dua daripadanya jeneral.

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,