ARTIKEL

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan ketika ia bergerak menuju ke paras US$4,600 setiap auns troy.

RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) bagaimanapun berkata sekiranya momentum menurun semakin mengukuh, paras US$4,200 setiap auns troy sepatutnya bertindak sebagai penampan.

Berdasarkan perbandingan mingguan, kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,485.40 setiap auns troy daripada US$4,401.8 seminggu sebelumnya, manakala Februari 2026 meningkat kepada US$4,502.20 daripada US$4,417.3 dan Mac 2026 melonjak kepada US$4,520.10 daripada US$4,433.9.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,538.10 setiap auns troy, daripada US$4,451.9 sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 1,160 lot daripada 441 seminggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 238 kontrak daripada 95.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,429.35 setiap auns troy pada penetapan 8 Januari 2025 di London Bullion Market Association. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan