ARTIKEL

Nidji sedia gegar Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bukan biasa-biasa. Selepas gegarkan Miri pada tahun lepas, kini giliran Kuching pula berasa aura magis konsert Pelangi yang membawa band legenda Indonesia, Nidji, terus ke jantung Borneo.

Namun di sebalik pentas gemilang dan sorakan ribuan
peminat, tersimpan peluh dan debaran pasukan produksi gara- gara drama di lapangan terbang, susulan barangan konsert seberat 113 kilogram nyaris tidak lepas.

Menurut Eksekutif Projek, Shaik Farhann, pihaknya tiba lebih awal di lapangan terbang bagi proses daftar masuk baru-baru ini, namun berdepan masalah
apabila dimaklumkan jumlah berat barangan yang dibawa melebihi had ditetapkan.

“Barang-barang seperti lanyard, baju-T eksklusif dan
pelbagai merchandise lain yang penting untuk kelancaran acara mencecah 113 kilogram,” katanya.

Beliau berkata, caj lebihan bagasi yang dikenakan adalah RM40 sekilogram, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM6,000. Lebih mendebarkan, ketika itu jam sudah 6.30 petang sedangkan pesawat dijadual berlepas pada pukul 7 malam.

“Masa sangat suntuk dan kami hampir terlepas penerbangan…sikit sahaja lagi,” katanya.

Tambah beliau lagi, kod pakaian pada malam konsert itu
bertema hitam dan putih iaitu yang bujang, memakai putih manakala hitam untuk yang sudah berpunya.

“Tema hitam putih bukan sahaja kelihatan eksklusif, tetapi mudah hendak mengecam siapa yang belum berpunya,” katanya berseloroh.

Konsert kali ini benar-benar istimewa kerana Karnival
Pembudayaan Setempat ini berlangsung selama tiga hari, dengan menjadikan Kuching sebagai titik permulaan kepada legasi baharu iaitu konsert bukan
sekadar hiburan, tapi lambang cinta terhadap tanah Borneo.

Bukan itu saja, lebih 3,000 tiket sudah pun ‘lesap’ dalam genggaman peminat setia, dan permintaan terus mencanak, walaupun konsert berlangsung pada Sabtu ini.

Menurut Pengurus Acara Coms. CreativeStudio, Zairul Addry, setiap hari telefon bimbitnya dibanjiri mesej orang awam yang tak putus-putus bertanya tentang tiket tambahan.

“Sampai saya takut nak buka WhatsApp,” katanya.

Tambah beliau, tiga hari penuh dengan aktiviti keluarga, makanan tradisi, tarian kebudayaan dan peluang untuk peniaga tempatan menonjolkan warisan mereka bermula 25 hingga 27 April 2025.

Menurutnya, semua ini bukan sekadar festival, tetapi projek perintis untuk masa depan apabila muzik dan budaya bersatu di bawah satu langit.

“Namun, bukan Nidji sahaja yang bakal menggoncang pentas. Kumpulan tempatan seperti Drama
Band dan The Beretta’s dijangka memberi warna berbeza sesuai dengan tema pelangi itu sendiri.

“Malah, ada lagu eksklusif bakal dilancarkan oleh The Beretta’s secara langsung, khas sempena
acara tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penjenamaan, Syamsir Rizal berkata, konsert yang bakal memberikan pengalaman baharu kepada peminat ini akan diadakan di Stadium Tertutup Kuching .

Beliau berkata, ia dipilih bagi memberikan pengalaman yang lebih bertaraf antarabangsa.

“Kalau di Miri dulu berlangsung di padang golf berbumbung, di Kuching semuanya lebih tersusun…ini bukan sekadar konsert. Ini adalah satu pengalaman yang kita bawa khas untuk rakyat Sarawak, dari rakyat kepada rakyat,” ujarnya.

Zairul menambah, pihaknya menyediakan kaunter khas bagi pelajar berusia 12 tahun ke atas yang ingin mendapatkan tiket konsert pada harga diskaun.

“Pelajar berusia 12 tahun ke atas hanya perlu membawa pengesahan pelajar seperti kad pelajar untuk
membeli tiket di kaunter yang dibuka mulai Jumaat, jam 12.00 tengah hari.

“Tiket ini masih boleh dibeli secara dalam talian atau terus di stadium kelak,” katanya.

Bagi yang ingin membeli tiket konsert, harga bermula RM138 sehingga RM558 bergantung
kepada kategori.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang ilassotickets.com.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan