ARTIKEL

NIKITA MIRZANI dipenjara empat tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ARTIS sensasi Indonesia, Nikita Mirzani sekali lagi menjadi tumpuan apabila Mahkamah Negeri Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan denda sebanyak Rp1 bilion (RM254,000) terhadapnya.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Nikita didapati bersalah dalam kes pemerasan terhadap doktor kecantikan Reza Gladys melalui penyebaran maklumat elektronik yang mencemarkan nama baik.

Dalam keputusan yang dibacakan pada Selasa, mahkamah memutuskan bahawa Nikita terbukti melakukan pemerasan dengan niat mengaut keuntungan diri secara tidak sah serta mengancam reputasi mangsa.

Kes tersebut disabitkan di bawah Pasal 45(10)(a) dan Pasal 27B(2) Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE).

Jika gagal membayar denda yang ditetapkan, hukuman Nikita akan ditambah dengan tiga bulan penjara.

Menariknya, mahkamah turut membebaskan Nikita daripada tuduhan pengubahan wang haram yang sebelum ini menjadi antara dakwaan utama pihak pendakwa.

Keputusan itu memberikan sedikit kelegaan buat ibu kepada tiga orang anak itu, walaupun beliau masih perlu menjalani hukuman berat atas kesalahan utama.

Hukuman empat tahun itu dianggap lebih ringan berbanding tuntutan pendakwa raya yang sebelum ini meminta agar Nikita dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun dan denda sebanyak Rp2 bilion.

Dengan keputusan itu, peguam Nikita menyatakan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan.

Namun begitu, ramai peminat tetap menunjukkan sokongan terhadapnya di media sosial, menandakan bahawa pesona Nikita dalam dunia hiburan Indonesia masih belum pudar.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU