ARTIKEL

Nilai Percintaan Sebenar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKU berjudul Cinta yang ditulis oleh dua adik-beradik iaitu Baha’uddin Hamizan dan Saifuddin Hamizan berkisarkan tentang hubungan dan percintaan.

Setiap individu sudah pasti pernah mengalami perasaan cinta, namun tidak ramai mengetahui makna di sebalik cinta.

Cinta satu perasaan yang indah dan membahagiakan namun tidak semua dapat merasai nikmat bercinta.

Penulis buku ini juga menyentuh budaya masyarakat di negara ini berkenaan cinta terlalu utopia dan tepu sehingga ramai malas hendak berbicara tentang cinta.

Selain itu, kita sering dimomokkan dengan budaya utopia seperti karier profesional, kereta mewah dan rumah agam jika mahu bercinta.

Penulis buku ini menyentuh hubungan seseorang dengan orang di sekeliling mereka mempengaruhi tahap kebahagiaan seseorang.

Perkara ini sebenarnya tidak berpijak dengan realiti kerana cinta bukan berkait rapat dengan apa-apa bersifat materialistik.

Penulis buku ini juga menyentuh bagaimana kita dianjurkan bercinta selepas kahwin tanpa mengenali seseorang terlebih dahulu.

Ini menyebabkan seseorang mula menyesal dengan berkahwin sehingga institusi perkahwinan dipandang remeh-temeh padahal ia satu kemuliaan.

Kesefahaman Hubungan

Kesefahaman paling penting jika mahu membina hubungan cinta yang berkualiti dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Jatuh cinta bukan sesuatu perkara yang indah semata-mata kerana ia memerlukan komitmen pasangan bersama-sama.

Kita juga perlu pandai mengawal emosi kerana dikhuariti itu hanya cinta persinggahan semata-mata.

Tambahan pula, masyarakat pada amnya mempunyai pasangan sendiri sebelum berkahwin sehingga individu tidak mempunyai pasangan dianggap pelik.

Oleh itu, ramai terdesak mahu mencari pasangan sehingga terperangkap dan tewas dalam emosi.

Penulis berpendapat kita hanya perlu melaburkan emosi kita kepada seseorang yang layak kerana cinta persinggahan hanya menyakitkan perasaan diri sendiri.

Asas Perhubungan

Kita tidak perlu jatuh cinta tanpa sebarang asas kerana kita perlu berkenalan dan memahami seseorang dengan lebih mendalam.

Kadangkala kita tersilap menafsirkan perasaan diri mahupun perasaan orang lain dan kita perlu memberi peluang kepada hati kita untuk merasai cinta yang sebenar.

Di samping, kita perlu belajar menghargai diri sendiri sebelum menghargai orang lain supaya kita tidak terperangkap dalam emosi.

Kita perlu mencari pasangan yang tepat dan menghargai diri kita supaya kita dapat membina rumah tangga bahagia dan berkekalan.

Kesimpulan, buku berjudul Cinta wajib dimiliki oleh semua lapisan masyarakat terutama anak muda masih dahagakan erti dan nilai cinta sebenar.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.