ARTIKEL

Rumah Ibadat Bukan Islam, RIBI, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT, UNIFOR, Mordi Bimol, tanah hak adat bumiputera, tanah NCR
Mordi mengajukan soalan tentang syarat utama permohonan bantuan program RIBI di Dewan Rakyat, hari ini.

Nilai semula syarat kelayakan permohonan bantuan program Rumah Ibadat Bukan Islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keperluan untuk mengemukakan geran tanah sebagai salah satu syarat utama kelayakan bagi permohonan bantuan program Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu dinilai semula, kata Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol.

Katanya, syarat itu tidak memberikan kelebihan kepada masyarakat luar bandar, terutama bagi kawasan tanah hak adat bumiputera (NCR) yang masih menunggu kelulusan pemilikan geran tanah daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak.

“Jawapan yang diberikan kepada saya pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini sama seperti jawapan yang saya terima pada sesi persidangan yang lepas apabila meminta KPKT mengulas tentang syarat utama permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR), dengan salah satu daripada syarat utamanya adalah setiap permohonan perlu mengemukakan dokumen tanah sah yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.

“KPKT bertegas bahawa semua permohonan mesti memenuhi syarat utama, iaitu keperluan memiliki geran tanah.

“Ini satu ketetapan yang secara jelas tidak memberikan kelebihan kepada masyarakat luar bandar, terutama bagi kawasan tanah NCR yang masih menunggu kelulusan pemilikan geran tanah daripada JTS.

“Situasi ini juga menyukarkan komuniti bukan Islam, yang majoritinya tinggal di kawasan luar bandar Sarawak, untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya bagi pembangunan, penyelenggaraan dan kelangsungan rumah ibadat mereka,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mordi turut menyatakan keyakinan bahawa program RIBI boleh dimantapkan lagi dengan pendekatan yang lebih inklusif dan praktikal.

Justeru, beliau menyeru KPKT untuk mempertimbangkan kaedah alternatif atau melonggarkan syarat berkenaan bagi memastikan tiada komuniti yang dipinggirkan.

“Sebagai contoh, pihak kementerian boleh mengambil pendekatan yang lebih fleksibel, seperti menerapkan pendekatan atau syarat yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Kaedah ini amat relevan dan sesuai untuk diterapkan bagi memastikan komuniti luar bandar Sarawak tidak terpinggir akibat kekangan yang di luar kawalan mereka,” katanya.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat