ARTIKEL

Nistelrooy hero Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JARINGAN tunggal Gabriel Nistelrooy memastikan Kuching City FC melonjak ke tangga kedua liga selepas menang tipis 1-0 ke atas Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam kelmarin.

Kemenangan ini bukan sahaja mengekalkan rentak kemenangan, malah meletakkan anak-anak buah Aidil Sharin Sahak di tangga kedua dengan kutipan 40 mata sekali gus memintas pasukan gergasi , Selangor FC dan KL City FC.

Mengulas kemenangan itu, Nistelrooy berkata walaupun terpaksa menghadapi saingan getir daripada pasukan tuan rumah, tetapi semangat yang ditampilkan rakan sepasukan sangat tinggi.

“Bukan mudah untuk bermain di tempat lawan, tetapi atas semangat semua rakan, kami akhirnya berjaya membawa tiga mata berharga…dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Malah, dia mengakui sangat kecewa apabila gagal merembat kemas untuk mencipta gol kedua selepas menerima lorongan cantik Ramadhan dari sebelah kanan meski hanya berdepan dengan penjaga gawang Penang FC separuh masa kedua.

Babak pertama, The Cats dilihat lebih mendominasi tempo permainan melalui gandingan mantap Joao Pedro, Petrus Shitembi, Moses Atede, Ronald Ngah Wanja, Ramadhan Saifullah, Nestelrooy dan Danial Asri di bahagian tengah dan serangan.

Manakala bahagian pertahanan diketuai oleh ketua pasukan James Okwuosa, Yuki Tanigawa dan Rodney Celvin serta penjaga, Haziq Nadzli.

Penang FC cuba bangkit menerusi deretan peluang menerusi pemain seperti Tchetche Kipre dan Dylan Wenzel-Halls, namun ketumpulan jentera penyudah tuan rumah gagal menembusi gawang yang dikawal Haziq Nadzli Akhinya detik kemenangan The Cats hadir pada minit ke40 menerusi jaringan tunggal Nistelrooy yang berpunca daripada situasi keliru di hadapan pintu gol Penang FC apabila penjaga gol, Ramadhan Ab Hamid meluru keluar untuk merebut bola namun gagal berkomunikasi dengan baik bersama kapten pasukan, Stefano Brundo.

Walaupun pengadil S. Logeswaran perlu merujuk kepada sistem Video Assistance Referee (VAR), gol tersebut akhirnya disahkan kerana tiada sebarang kekasaran dikesan.

Memasuki babak kedua, Penang FC terus menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan, namun disiplin tinggi yang dipamerkan oleh barisan pertahanan Kuching City memastikan kelebihan itu kekal sehingga wisel penamat.

Aksi Kuching City bakal bersambung selepas Hari Raya Aidilfitri dengan menerima kunjungan PDRM FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 12 April dan seterusnya menentang Brunei DPMM FC di tempat lawan pada 25 April.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan