PENYANYI Noh Hujan, bakal menamatkan zaman dudanya pada 23 September depan dengan wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa selepas empat bulan bertunang.
Memetik media tempatan, kad undangan perkahwinan digital penyanyi kelahiran Sarawak ini mula mendapat perhatian kerana sudah mula diedarkan kepada saudara mara dan kenalan terdekat.
Berdasarkan kad undangan digital dilihat Gempak, pasangan itu disatukan pada majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada sebelah pagi, manakala majlis resepsi pula pada sebelah malam hari yang sama.
Noh atau Mohammad Noh Salleh dan pasangannya memilih sebuah dewan acara yang terletak di Puchong untuk majlis resepsi mereka.
Terdahulu, majlis pertunangan pasangan itu berlangsung di kediaman Fatin pada 7 Mei lalu bertempat di Putra Heights, Subang Jaya.






