ARTIKEL

Nombor satu digit bernilai RM1 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kira-kira 170 bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan Unimas berjaya dimiliki pada siri pertama projek ini dilancarkan.

Ketua Bahagian Endowmen dan Wakaf Unimas Dayang Nor Hajijah Awang Daud berkata, kesemuanya memenangi proses bidaan dalam talian menerusi e-bidaan dan di luar sistem tersebut.

“Pihak yang membida nombor di luar sistem e-bidaan merupakan mereka yang membeli nombor satu digit dan ditawarkan dengan pakejpakej menarik.

“Kerana nombor satu digit tersebut kami tawarkan dengan harga RM1 juta. Ia bukan hanya untuk nombor pendaftaran khas kenderaan tetapi juga mendapat pengecualian cukai LHDN dan banyak lagi kerana menderma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui di Pejabat Bahagian Endowmen dan Wakaf Unimas, di sini semalam.

Tambahnya, mereka juga menawarkan nama jalan, bangunan dan bulatan dalam Unimas ditukarkan kepada nama penderma atau syarikat mereka.

“Kerana kami memahami apabila mereka menderma dalam jumlah yang besar, ia bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi, kami akan menjalankan tanggungjawab untuk menghargai penderma dan sebagainya.

“Mereka hanya perlu menderma sahaja, selebihnya kami akan uruskan ini adalah proses yang adil untuk kedua-dua pihak,” jelasnya.

Beliau mendedahkan, surat tawaran untuk pemilikan nombor pendaftaran kenderaan khas Unimas sudah dikeluarkan untuk siri pertama.

“Bagi siri kedua bidaan nombor tersebut akan berlangsung selama tujuh hari mulai Rabu pada 15 Julai hingga Selasa pada 21 Julai.

“Ia akan bermula pada jam 12 tengah hari pada hari Rabu dan akan tamat pada 12 tengah hari pada hari Selasa,” katanya lagi.

Beliau menegaskan bahawa, projek nombor khas pendaftaran kenderaan Unimas bukan mencari dana untuk tujuan bersuka ria tetapi ia bertujuan untuk pelbagai bantuan dan wakaf.

“Jadi, pihak penderma juga boleh bersama-sama dengan kami membantu komuniti dan pelajar yang memerlukan,” ujarnya.

Untuk rekod, nombor pendaftaran khas Unimas ditawarkan bermula daripada angka 1 hingga 9999 dan telah dilancarkan pada 1 Julai lalu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha