ARTIKEL

Nora Ariffin TENANG HADAPI KECAMAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI Datuk Nora Ariffi n tampil memberi teguran halus namun bermakna kepada segelintir orang ramai yang sering meninggalkan komen melampau terhadap dirinya di media sosial.

Dalam satu hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafi zah Ariffi n, 52, mengakui dia menyedari wujudnya kata-kata negatif setiap kali berkongsi kisah peribadi dalam mana-mana sesi temu bual.

“Setiap kali temu bual, ada sahaja komen dan mengata sampai melampau batas.

Hati-hati… terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” luah Nora.

Namun, dalam nada yang tenang dan berlapang dada, pelantun lagu Hanyalah Satu ini tetap mendoakan yang terbaik buat mereka yang melemparkan kata-kata kurang enak kepadanya.

“Mengatalah sepuas-puasnya. Saya doakan segala kebaikan untuk kalian semua.

Moga ini jadi pahala untuk saya. Alhamdulillah.”

Sebelum ini, dalam satu temu bual, Nora mendedahkan cabaran yang dihadapinya dalam menjalankan perniagaan produk makanan secara dalam talian.

Paling menyedihkan apabila dirinya dituduh sebagai ‘penyondol’ oleh sesetengah pihak hingga ada yang memboikot produk keluarannya.

Akibat kecaman itu, Nora mengakui pernah hilang semangat untuk meneruskan sesi siaran langsung menjual produknya.

“Bayangkan hanya kerana tuduhan tak berasas, orang tak mahu beli.

Saya jadi tawar hati untuk teruskan siaran langsung jualan,” katanya.

Walaupun diuji dengan komen negatif dan tuduhan tidak berasas, Nora kekal positif dan memilih untuk tidak membalas dengan kebencian.

Sebaliknya, dia menyerahkan segala-galanya kepada takdir dan kekal fokus meneruskan perjuangan sebagai artis dan usahawan.

Sikap tenang dan penuh hikmah yang ditunjukkan Nora ini wajar dijadikan contoh, terutama dalam dunia maya yang semakin mudah dipenuhi tohmahan.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah