SELEPAS mengejutkan peminat dengan kisah perceraian, pelakon Nora Danish sekali lagi mengundang perhatian apabila memberi bayangan dirinya mengimpikan seorang suami yang mampu membimbingnya dalam hal gama.
Nora berkongsi video di Instagram mengisahkan seorang suami yang mahu isterinya taat perintah agama dengan mendirikan solat.
Video tersebut tidak disertakan dengan sebarang kapsyen.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
“Isteri memang perlu seorang suami yang boleh membimbing dan sentiasa mengingatkan pasangan tentang akhirat.
“Terima kasih Nora kerana berkongsi kisah ini.
Harap dikurniakan suami yang lebih baik suatu hari nanti.
“Semoga Nora dikurniakan seorang suami dan jodoh yang beriman serta mampu memimpin ke jalan yang diredai,” antara komen warganet.
Kisah ini muncul selepas Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.






