ARTIKEL

Abang Johari menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Parlimen EFTA hari ini. | (FOTO: UKAS)

Norway Tunjuk Minat Dalam Industri Alga Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembangunan dan pengeluaran tenaga hijau menjadi fokus utama perbincangan antara delegasi Jawatankuasa Parlimen Persatuan Dagangan Bebas Eropah (EFTA) dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam satu pertemuan di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Parlimen EFTA dan Ketua Delegasi Iceland, Grimur Grimsson, yang mengetuai kunjungan hormat tersebut, menyatakan bahawa perbincangan tertumpu pada industri tenaga hijau.

RAKAM KENANGAN… Abang Johari merakam kenangan bersama yang lain semasa kunjungan hormat tersebut. | (FOTO: UKAS)

“Kami membincangkan tentang pembangunan dan pengeluaran tenaga, terutamanya dalam bidang tenaga hijau.

Kemampanan dan tenaga hijau adalah kunci, termasuk penangkapan karbon,” katanya dalam sidang media selepas kunjungan tersebut.

Menyentuh mengenai kunjungan ini, beliau menjelaskan bahawa ia merupakan sebahagian daripada lawatan kerja selama seminggu ke Malaysia.

Ini adalah usaha untuk memperkukuhkan hubungan antara parlimen, mendapatkan maklumat dan pandangan secara langsung, serta meraih sokongan politik bagi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-EFTA (Malaysia Economic Partnership Agreement – MEEPA) yang telah dimuktamadkan pada 11 April lalu.

Sementara itu, Ketua Delegasi Negara Norway, Trine Lise Sundnes, memberitahu bahawa Norway juga berminat dengan industri alga yang diusahakan di Sarawak, terutamanya yang digunakan dalam tenaga hijau.

Katanya, Norway mempunyai pengeluaran alga yang besar dalam konteks bekalan makanan.

Tambah Trine, semasa melawat pusat biodiversiti, mereka melihat teknologi yang lebih maju berkaitan hal tersebut, dan ia sangat menarik.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha