ARTIKEL

Nova Widianto | Bernama

Nova tak letak sasaran tinggi buat Pang Ron-Su Yin di BAC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jurulatih beregu negara Nova Widianto tidak mahu meletakkan sasaran yang tinggi buat beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang akan menggalas cabaran negara ke Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China pada 8 hingga 13 April ini.

Nova berkata sasaran yang tinggi buat gandingan di ranking ke-14 dunia itu bakal memberi tekanan kepada mereka apatah lagi gandingan itu dijadualkan berdepan pasangan dari India Dhruv Kapila-Tanisha Crasto yang disifatkan mencabar pada pusingan pertama dalam kejohanan berprestij berkenaan. 

“Sebelum ini kita bagi sasaran kepada Pang Ron-Su Yin, namun hasilnya tidak baik, mungkin kita tidak letakkan tekanan, aksi pertama bertemu India bukan senang, kita pernah jumpa, tetapi tetap sukar,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. 

Nova pada masa sama turut mengakui Pang Ron-Su Yin masih belum berada pada tahap terbaik mereka sejak mula beraksi pada awal Januari ini.

“Tahun ini mereka belum tonjolkan (prestasi yang baik), harap boleh baiki lagi dan konsisten … diharapkan dalam BAC mereka dapat beraksi dengan baik,” katanya.

Pasangan nombor 14 dunia itu mempunyai kelebihan selepas mengalahkan pasangan dari India itu pada Indonesia Masters Januari lepas.

Sebagai rekod, Pang Ron yang kali terakhir bermain dalam kejohanan itu tiga tahun lepas di Filipina bersama Cheah Yee See manakala Su Yin pula beraksi buat kali pertama dalam BAC.

Pada BAC kali ini, beregu campuran negara akan turut disertai pasangan profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien dan Yap Roy King-Valeree Siow. — Bernama

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan