ARTIKEL

PANAS... Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan dan belukar di hulu Sungai Adong, yang sudah merebak seluas 18 hektar semalam.

NREB sedia ‘thermal drone’ pantau kebakaran hutan, belukar di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak menyediakan ‘thermal drone’ bagi memantau keadaan kebakaran hutan dan belukar di Kuala Baram, di sini.

Kontroler NREB Sarawak, Jack Liam, berkata kawasan kebakaran adalah di bawah tanah negeri, tanpa melibatkan tanah milik syarikat atau individu tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata kekurangan laluan akses ke kawasan yang belum dibangunkan itu menghalang usaha untuk membina sekatan api, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa untuk memadamkan kebakaran.

“Oleh itu, strategi segera yang diguna pakai oleh pihak berkuasa sekarang ialah melakukan banjir secara menyeluruh bagi menaikkan paras air untuk menghentikan api daripada merebak dan akhirnya memadamkan kebakaran,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, Jack berkata NREB Miri juga ditugaskan untuk melibatkan diri (bertemu dan berbincang) dengan semua pemilik tanah untuk berkongsi dan menggunakan sumber bagi membantu bomba memadam kebakaran.

Dalam pada itu, beliau berkata secara umumnya, tindakan yang diambil oleh NREB semasa cuaca kering ialah melakukan pengawasan dengan mempergiatkan rondaan.

Baca lain  Ibu mohon maaf

“Miri mempunyai zon di mana jabatan berkaitan (khususnya Jabatan Alam Sekitar) akan menjalankan rondaan di dalam zon yang dipersetujui, dengan ‘thermal drone’ juga akan digunakan untuk membantu bomba,” katanya.

Selain itu, Jack menegaskan pihaknya akan turut menyiasat dan mengenakan kompaun kepada mereka yang didapati membakar atau memulakan kebakaran.

Sementara itu, kebakaran hutan dan belukar turut dilaporkan berlaku di hulu Sungai Adong yang setakat petang semalam sudah merebak seluas 18 hektar.

Pasukan pemadaman yang melibatkan pasukan bomba dengan bantuan pihak syarikat terpaksa menggunakan sumber air dari parit berdekatan selain mengepam air dari kolam berhampiran.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,