ARTIKEL

Nik Nazmi (kiri) melihat bahan mentah plastik terpakai yang telah diproses menjadi pelet ketika menyertai Op Patuh melibatkan dua kilang di Daerah Kuala Muda, Kedah, hari ini.

NRES pastikan industri nadir bumi dilaksana secara lestari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI PETANI, Kedah: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memastikan operasi berkaitan industri mineral, terutamanya perlombongan nadir bumi, dilaksanakan secara lestari bagi mengelakkan sebarang pertikaian pada masa akan datang.

Menteri berkenaan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata penggunaan teknologi bersesuaian juga perlu dititikberatkan, di samping memastikan hasil mineral yang diperoleh dapat juga diproses di negara ini.

“Satu kertas kerja (berkaitan nadir bumi) akan dibawa oleh NRES ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

“Kita nak pastikan pemetaan (kawasan), kita ada banyak kajian dan anggaran, tapi nak tengok betul-betul mana lokasi sesuai untuk dieksploitasi.

“Kita juga nak pastikan bukan sahaja dapat hasil secara kasar bahan mentah itu, tapi dapat juga memproses hasil itu di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Patuh Bersepadu Pemutihan Kawasan Pengoperasian Kitar Semula Secara Haram di kawasan perindustrian di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang enam kertas kerja baharu yang dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Mineral Negara (MMN) Ketiga semalam yang berkaitan dengan beberapa dasar penting dan operasi berkaitan sektor mineral, termasuk kerangka Dasar Mineral Negara.

Menurut Nik Nazmi, pada masa ini, Lynas Rare Earths Ltd (Lynas) telah terlibat dalam pemprosesan nadir bumi, namun ia berbeza daripada bahan mineral yang terdapat di negara kita.

“Lynas banyak bertumpu kepada nadir bumi dari Australia, jenis dia lain sikit. Kita masih dalam perbincangan (untuk proses nadir bumi), rancangan nanti kita akan tengok di MTEN,” katanya.

Beliau berkata pada peringkat pengeluaran, perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak, telah beroperasi.

Bagi tujuan pemprosesan bahan mineral itu pula, beberapa syarikat telah menunjukkan minat namun masih dalam proses perbincangan, tambahnya.

“Kita sedang tengok apa yang baik kerana ia melibatkan pelaburan yang besar dan syarikat-syarikat tersebut mahu jaminan daripada kerajaan.

“Prosedur operasi standard dah ada, Kerajaan Negeri dah maklum, cuma kita minta jangan kacau hutan, cuba eksploitasi di luar dulu,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah