ARTIKEL

Kredit: Fb Agensi Nuklear Malaysia | Bernama

Nuklear Malaysia perkasa penulisan saintifik, perluas impak penyelidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) terus memperkukuh kemahiran penulisan dan penerbitan saintifik dalam kalangan golongan profesional serta teknikal bagi memastikan hasil penyelidikan dapat disebarkan secara lebih meluas dan memberi manfaat kepada masyarakat serta negara.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin berkata penerbitan saintifik merupakan antara petunjuk penting dalam menilai sejauh mana hasil penyelidikan mampu menyumbang kepada perkembangan ilmu, menyelesaikan permasalahan dan memberi nilai tambah kepada pembangunan negara.

Beliau berkata penerbitan berkualiti juga penting bagi memastikan hasil penyelidikan tidak terhenti di peringkat makmal atau institusi, sebaliknya dapat dikongsi, difahami dan dimanfaatkan pelbagai pihak.

“Penerbitan berimpak tinggi adalah cerminan kepada hasil penyelidikan dan kesannya dalam menyelesaikan masalah, memberi manfaat kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar dan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2026 bertemakan “Penerbitan Berimpak Tinggi Teras Perkembangan Ilmu” di sini hari ini.

Muhammad Rawi berkata seminar dan bengkel itu turut memberi pendedahan mengenai perkembangan terkini dalam penerbitan ilmiah, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), analisis data dan penerbitan akses terbuka.

“Perkembangan berkenaan membuka peluang untuk mempercepat proses penulisan serta memperluas penyebaran ilmu, namun pada masa sama memerlukan pemahaman yang kukuh mengenai integriti akademik, ketepatan data, plagiarisme, etika penggunaan AI dan hak cipta.

“Program ini turut menekankan kepentingan kerjasama antara institusi akademik, agensi kerajaan, penerbit dan pemain industri dalam menggabungkan kepakaran sains, teknologi, bahasa serta penerbitan,” katanya.

Beliau berkata kerjasama Nuklear Malaysia dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) antaranya dizahirkan melalui segmen “Nuklear Untuk Rakyat” dalam Majalah Dewan Kosmik, selain penerbitan buku dan ensiklopedia serta usaha memperkaya pengistilahan sains dalam bahasa Melayu.

“Usaha memperkukuh amalan penulisan dan penerbitan saintifik merupakan komitmen berterusan Nuklear Malaysia dalam menyokong aspirasi ‘Nuklear Untuk Rakyat’ (N.U.R.) di bawah Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030,” katanya.

Katanya, Nuklear Malaysia menghasilkan lebih 500 penerbitan ilmiah setiap tahun merangkumi jurnal antarabangsa, prosiding persidangan, buku ilmiah, laporan teknikal serta artikel popular dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Seminar dan bengkel itu turut mendapat sokongan DBP, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), PTS Media Group, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan MajalahSains.com.

Program berkenaan turut menyediakan sesi bengkel bagi meningkatkan keupayaan peserta menghasilkan karya saintifik yang berkualiti, berintegriti dan menepati keperluan penerbitan semasa. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke