ARTIKEL

Pelumba basikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri memenangi pingat gangsa dalam Final acara keirin wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Velodrom Izu hari ini. Nurul Izzah Izzati menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas tewas kepada China yang menguasai dua kedudukan teratas menerusi Yuan Liying dan Wang Lijuan. | Bernama

Nurul Izzah Izzati sumbang gangsa keirin Sukan Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAGOYA: Pelumba trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjaya meraih pingat gangsa dalam acara keirin wanita pada hari ke-12 Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Atlet dari Sungai Petani itu menjadi pelumba wanita kedua negara yang memenangi pingat dalam acara keirin di Sukan Asia selepas pencapaian Fatehah Mustapa pada edisi Incheon 2014.

Kejayaan tersebut menyumbang kepada kutipan pingat keseluruhan Malaysia yang kini berjumlah enam emas, lima perak, dan 12 gangsa.

Sementara itu, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mara ke suku akhir acara pecut lelaki di Velodrom Izu manakala Muhammad Shah Firdaus Sahrom tersingkir pada pusingan repechage.

Skuad e-sukan negara pula membawa pulang dua gangsa selepas pasukan Identity V dan Mobile Legends: Bang Bang terkandas di peringkat separuh akhir seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke