ARTIKEL

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah mahu pemimpin Sabah fokus pembangunan masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SANDAKAN: Sabah memerlukan suara wakil rakyat yang memahami visi dan misi pembangunan bagi memastikan keadaan di negeri itu dalam tempoh 10 tahun akan datang lebih baik berbanding sekarang.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata adalah penting untuk Sabah memiliki pemimpin yang bervisi kerana terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani di negeri itu seperti pembangunan sektor, infrastruktur, kewarganegaraan dan isu legasi pemerintahan terdahulu.

“Semasa Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025 (Mei), saya sebut 13 kerusi (sasaran bertanding pilihan raya negeri Sabah), tetapi kita juga bergantung kepada suara anak negeri. Yang paling penting ialah seberapa mungkin Keadilan yang lahir di Sabah sejak 1999 terus berakar.
“Pada saya, pemimpin yang mempunyai visi amat penting. Jadi tidak terlalu penting berapa banyak kerusi yang ditandingi, tetapi sudah tentu dalam polisi Pakatan Harapan, kita mahu memastikan kita sebagai suara yang dapat memberi nilai tambah kepada anak negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Sabah Bersama MADANI di sini, semalam.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata sentimen undi parti tempatan di Sabah bukan suatu cabaran kerana calon yang diangkat parti pada pilihan raya negeri ke-17 nanti juga merupakan anak Sabah yang akan membawa suara rakyat negeri itu.

Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-17.— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU