Objek misteri setinggi 2.5 meter disyaki terjatuh dari langit, terdampar di pantai di Green Head City, 250km di utara Perth, Australia.
Polis mengawal objek misteri itu bersaiz sebuah kereta hampir sepanjang hari.
Dalam kenyataan pada Isnin, polis Australia Barat mengatakan analisis dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan dan Pusat Kimia Australia Barat mendapati objek itu selamat dan tidak berisiko.
Menurut ABC, polis Australia Barat memastikan objek itu selamat sehingga ia dikeluarkan.
Orang ramai diminta menjauhi lokasi berkaitan.
Polis berkata, objek itu nampaknya bukan berasal dari pesawat komersial, seperti dispekulasi media sosial.
Agensi Angkasa Australia berkata, objek misteri terdampar di pantai terpencil Australia Barat itu, mungkin sebahagian daripada roket yang dilancarkan oleh pihak asing.



