ARTIKEL

Abang Noordin menyampaikan cenderahati kepada Haidar semasa kunjungan delegasi OBYU Holdings Sdn Bhd ke Ibu Pejabat BDA.

OBYU Holdings adakan kunjungan hormat ke BDA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada Rabu menerima kunjungan hormat daripada delegasi OBYU Holdings Sdn. Bhd. di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat BDA, Wisma Bintulu.

Delegasi OBYU Holdings diketuai oleh Datuk Abang Noordin Datuk Abang Zainuddin, bersama dengan beberapa wakil kanan syarikat termasuk Hafitz Khalid, Mohd. Nadziff Bustari, Mohd Yaman Abdul Hamid, Dr. Haironi Yusoff, Foong Pak Chee dan Mohamad Nazrul Iman Barmawi.

Ketibaan delegasi tersebut disambut oleh Timbalan Pengerusi BDA Datuk Haidar Khan Asghar Khan.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik BDA-OBYU Holdings dalam pelbagai sektor termasuk pembangunan, pelaburan, serta pemerkasaan ekonomi tempatan.

BDA dalam kenyataan merakamkan penghargaan ke atas kesudian OBYU Holdings untuk menjalin hubungan erat dan menyokong agenda pembangunan mampan di Bintulu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU