ARTIKEL

Awang Tengah mendengar taklimat mengenai operasi dan perkembangan pelaburan OCI yang disampaikan oleh kakitangan syarikat itu.

OCI terus kembangkan pelaburan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Keyakinan berterusan OCI Holdings Ltd. terhadap ekosistem perindustrian Sarawak mendorong syarikat berpangkalan di Korea Selatan itu terus mengembangkan pelaburannya di wilayah ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perkembangan itu diterjemahkan menerusi kerjasama strategik dengan rakan industri dari Korea Selatan dan Jepun.

“OCI yang beroperasi di Taman Perindustrian Samalaju menerusi OCI TerraSus kini menggaji kira-kira 1,100 pekerja, dengan hampir 90 peratus daripadanya rakyat Sarawak.

“Pelaburan syarikat itu turut menyokong pembangunan industri berteknologi tinggi di Sarawak, selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Jumaat selepas mengetuai delegasi Sarawak mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat OCI Holdings Ltd. di Seoul, Republik Korea.

Menurutnya, OCI turut memberi penekanan kepada pembangunan bakat tempatan menerusi program pembangunan kerjaya berstruktur, peningkatan kemahiran profesional serta latihan di Korea Selatan dan Jepun bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu bersaing di peringkat global.

“Keyakinan syarikat terhadap prospek pembangunan industri Sarawak turut diterjemahkan melalui kerjasama strategik dengan Kumho P&B Chemicals Inc. dari Korea Selatan menerusi OCIKumho serta Tokuyama Corporation dari Jepun melalui OTSM,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman dalam pengurusan usaha sama dan kerjasama global, OCI menyasarkan untuk terus memainkan peranan sebagai rakan industri utama dalam ekosistem perindustrian Sarawak.

Dalam pada itu, Awang Tengah menggalakkan OCI terus mengutamakan penyertaan serta kandungan tempatan dalam operasinya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap komitmen pelaburan jangka panjang syarikat itu di Sarawak dan menegaskan kerajaan Sarawak akan terus mengekalkan dasar mesra pelabur serta memudah cara pelaburan di wilayah ini.

-tamat-

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau