PENYANYI dan pelakon teater, Ock Joo Hyun berkongsi situasi berdepan masalah sehingga menyebabkan dirinya tertekan dan mahu bunuh diri.
Joo Hyun membuat penampilan bersamasama pelakon muzikal Rebecca di Channel A, memetik media antarabangsa.
Dalam klip tular baru-baru ini, Joo Hyun membuat pengakuan bahawa dia mengalami gangguan panik dan cemas sehingga memerlukan ubat-ubatan.
Dia terpaksa berdepan banyak komen berniat jahat dan sangat tertekan semasa tempoh peralihan awalnya daripada penyanyi ke pelakon teater.
Malah, dia juga terfikir mengambil nyawanya sendiri.
Bagaimanapun, dia berjaya mengatasi tekanan sedemikian dan mengawal gangguan tersebut.



