Trending

Oku cedera rumah runtuh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Berpantang maut sebelum ajal. Enam penghuni sebuah rumah nyaris maut apabila kediaman mereka runtuh di bahagian tengah, hari ini.

Kejadian yang berlaku di Kampung Seduan Jaya, Batu Lima, Jalan Oya Lama itu mengakibatkan seorang lelaki Kelainan Upaya (OKU) cedera.

Lima lagi penghuni termasuk seorang bayi 10 bulan terselamat.

Pemangku Ketua Bomba Zon 4 Sibu PgKB II Wan Kamaruddin Wan Ahmad, berkata, kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu dipercayai berpunca daripada mendapan tanah.

“Mangsa berusia 34 tahun mengalami kecederaan di leher dan tangan kerana dihempap kayu dan terkena cermin kaca. Ketika kejadian, semua penghuni lain berjaya keluar dari rumah itu kecuali mangsa.

“Namun, mangsa berjaya dikeluarkan dari rumah itu oleh orang ramai sebelum diberi rawatan awal dan kemudiannya diserahkan pihak Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamaruddin berkata, kejadian turut menjejaskan kediaman berhampiran berikutan besi kajang (awning) kedua-dua rumah itu bersambung.

“Kami bertindak memotong besi itu untuk mengurangkan risiko kerosakan rumah berhampiran yang dihuni seramai 13 orang penghuni,” ujarnya.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sibu.

 

Keadaan rumah mangsa yang runtuh di bahagian tengah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak