ARTIKEL

OKU penglihatan tekad bantu nyawa melalui derma darah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kekurangan deria penglihatan bukan penghalang bagi Tazlan Jen, 58, untuk terus melaksanakan amal murninya iaitu menderma darah setiap tahun sempena Sambutan Hari Penderma Darah di Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

Beliau yang kehilangan penglihatan sejak 30 tahun lalu bertekad meneruskan sumbangannya itu selagi hayat dikandung badan, demi membantu golongan yang memerlukan.

“Segalanya bermula pada tahun 2020 apabila saya mendengar pihak hospital memerlukan bekalan darah susulan kekangan pergerakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

“Sejak itu, saya dan isteri membuat keputusan untuk hadir ke HUS setiap kali mereka mengadakan kempen derma darah. Semangat kami semakin berkobar apabila mengetahui bahawa satu pendermaan darah boleh menyelamatkan tiga nyawa.

“Bagi saya, amalan ini bukan sahaja membantu orang lain, malah turut memberi kesan positif kepada kesihatan tubuh badan,” katanya.

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk bersama-sama menyokong kempen derma darah sebagai salah satu amalan kebajikan dalam kehidupan.

Katanya, usaha kecil ini sedikit sebanyak menyumbang kepada masyarakat walaupun beliau bukan insan sempurna dari segi fizikal.

Tazlan turut memaklumkan bahawa beliau dan isteri antara individu pertama yang akan hadir sekiranya hospital melaksanakan kempen derma darah.

Bagaimanapun, beliau mengakui kadang-kala tidak berkesempatan untuk turut serta kerana perlu menguruskan pusat urut milik mereka, TN Massage, yang menjadi satu-satunya sumber pendapatan keluarga.

Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia disambut pada 14 Jun setiap tahun. Sempena hari istimewa ini, HUS turut mengadakan kempen derma darah hari ini dengan kerjasama Citadines dan Forever Living.

IKHLAS… Tazlan Jen, Orang Kelainan Upaya yang hilang deria penglihatan, antara individu pertama hadir sempena Hari Penderma Darah di Hospital Umum Sarawak.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah