ARTIKEL

Setiausaha Agung Olahraga Malaysia (MA) Nurhayati Karim (tengah) bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat MA bersama Persatuan Olahraga KL, Labuan dan Putrajaya di Wisma OCM. | Bernama

Olahraga Malaysia berharap isu gabungan selesai segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Olahraga Malaysia (MA) berharap isu status gabungan yang dikemukakan Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan (FTAA) dapat diselesaikan secepat mungkin supaya persatuan itu boleh menjadi ahli gabungan badan induk berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Nur Haryati Karim berkata pihaknya amat prihatin terhadap pembangunan olahraga di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan, lebih-lebih lagi di ambang persediaan MA untuk Sukan SEA akan datang.

“Aspirasi MA adalah untuk mengambil mereka menjadi sebahagian daripada badan induk olahraga secepat mungkin.

“Kami akan menunggu maklum balas seterusnya daripada proses dengan PJS,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Persatuan Olahraga Labuan dan Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas mengenai pertemuan itu, beliau berkata ia berjalan lancar, namun tiada sebarang keputusan dibuat hari ini, susulan beberapa persoalan ditimbulkan oleh ahli mesyuarat, yang akan dikemukakan kepada PJS (Pesuruhjaya Sukan) untuk penjelasan lanjut.

Untuk rekod, di bawah Perlembagaan MA, pembentukan FTAA perlu merangkumi perwakilan yang sah dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, manakala proses penggabungan perlu melalui semakan sewajarnya oleh Majlis MA selaras dengan prosedur tadbir urus persatuan. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU