ARTIKEL

GAMBAR: GHAZALI BUJANG

Opar mohon dana khas percepat pengukuran tanah NCR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ADUN Opar, Billy Sujang memohon agar peruntukan khas diwujudkan untuk mempercepat pengukuran dan dokumentasi Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasannya.

Katanya, inisiatif itu bagi memastikan kelancaran pembangunan kawasan khususnya di luar bandar, selain memastikan keselamatan dan masa depan rakyat lebih terjamin.

“Daripada 58 kampung di Opar, hanya sebahagian kecil menerima hak milik tanah. Kampung Judin, Stungkor, Temaga Melayu, Temaga Dayak dan lain-lain masih menunggu walaupun praukur telah dibuat.

“Saya memohon supaya peruntukan khas diwujudkan untuk mempercepatkan pengukuran dan dokumentasi NCR demi kepastian, keselamatan dan masa depan rakyat luar bandar,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 semasa persidangan DUN Ke-19 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan peruntukan tersebut memberi manfaat secara langsung kepada kawasan Opar untuk terus berkembang sebagai kawasan terpilih Kluster Makanan Metropolitan (MFC).

Sebagai contoh katanya, kelulusan projek transformasi di Kampung Stungkor.

“Ia akan menjadikan Opar sebagai hab pengeluaran dan pemprosesan agro bernilai tinggi sekali gus membawa penguasaan teknologi baharu serta menggerakkan ekonomi dengan membuka peluang kerja bermakna kepada rakyat luar bandar,” katanya.

Tambahnya, inisiatif ini juga akan membantu membangunkan sektor penanaman padi di Opar dengan harapan sebahagian peruntukan di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Menurutnya, di bawah peruntukan itu, tujuh kawasan sawah padi telah dikenal pasti untuk penambahbaikan, termasuk sawah padi di Kampung Jangkar seluas 900 hektar.

Selain itu, turut diberi perhatian katanya, enam lagi kawasan iaitu Jugan, Tebaro, Sedaing, Rukam, Sebako dan Biawak.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan masih belum bermula biarpun projek telah diluluskan.

Justeru, beliau berharap agensi pelaksana dapat mempercepatkan proses bagi memastikan bekalan beras di Sarawak dapat diperkasakan secepat mungkin.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha